langkah-langkah untuk menjadi usahawan terbilang
Posted by ros azaman on January 15, 2009
Assalammualaikum,
Diharap semuanya sihat sentiasa. Ok, untuk artikel kali ini, saya hanya nak review VCD Langkah Bijak Usahawan Terbilang rakaman live daripada Dato’ Dr. Hj.Mohd Fadzilah Kamsah.
Kepada anda yang bergelar usahawan tidak kira samada perniagaan internet ataupun bukan (khususnya komuniti e-SYOB), saya rasa wajib miliki VCD ini. Pelbagai tips diberikan oleh Dato’ Fadzilah Kamsah di dalam VCD ini. Ia amat sesuai untuk motivasi anda.
VCD ini mempunyai 3 bahagian kalau tak silap saya. Saya baru miliki bahagian ke-2, sebab masa saya nak beli, bahagian pertama sudah habis dan juga ketiga. Baiklah, antara kandungan menarik di dalam VCD ini ialah :
- Masalah dasar para usahawan
- Punca kecundang dalam perniagaan
- Langkah hebat usahawan gemilang
- Petua mendapat hidayah Allah yang berterusan
Apa yang menarik mengenai VCD ini ialah, cara penyampaian yang sangat santai dan menyeronokkan. Siapa yang pernah mengikuti ceramah Dato’ Fadilah Kamsah, anda akan faham bagaimana cara penyampaian beliau.
Saya tengah tulis artikel ni sambil tengok VCD, memang tak kering gusi dengar. So, dapatkan VCD ini untuk menambah ilmu anda di dalam perniagaan yang anda ceburi.
wassalam,

